mcmc
Laporan Aktiviti

Taklimat NADI4U- S.A.F.E & WELLBEING (NOVEMBER 2024)

TARIKH :14.11.2024
MASA :3.00 pagi – 4.00 petang
LOKASI :TADIKA IMPIAN JAYA, KG RIA

TUJUAN

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Peserta perlu memahami maklumat yang tidak boleh dikongsikan di media sosial. Justeru itu, peserta boleh mengenali dan menggunakan perkhidmatan NADI yang berdekatan serta cek kesihatan guru-guru (peserta)

AKTIVITI

Petugas memberi taklimat dan pelajar menonton dan mendengar video mengenai SAFE-SHIELD. Kebaikan aktiviti ini ialah, memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai keselamatan internet yang penting kepada pelajar, melahirkan sikap bertanggungjawab pelajar dalam menggunakan internet agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai sebarang iklan, maklumat dan sesiapa dalam dunia siber tanpa memeriksa terlebih dahulu. Menjadikan pelajar sebagai pengguna yang bijak.