| TARIKH: | 24.04.2025 |
| MASA: | 9:00 PAGI – 1:00 PETANG |
| LOKASI: | NADI KG MURNI |
TUJUAN:
- Memperkenalkan GIMP sebagai perisian penyuntingan imej sumber terbuka
- Memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi dan kelebihan GIMP sebagai alternatif kepada perisian berbayar seperti Adobe Photoshop.
- Meningkatkan kemahiran asas penyuntingan imej digital
- Mengajar peserta cara menggunakan alat asas dalam GIMP seperti crop, resize, rotate, dan color adjustment.
- Membina kemahiran reka bentuk grafik secara digital
- Memberi latihan praktikal dalam mencipta grafik seperti poster, banner, logo dan bahan promosi digital.
- Menggalakkan kreativiti dan ekspresi diri melalui teknologi
- Mendorong peserta untuk menghasilkan karya visual yang kreatif menggunakan teknik suntingan dan reka bentuk grafik.
- Membantu dalam pembangunan kemahiran ICT untuk keperluan kerjaya dan peribadi
- Menyokong penggunaan GIMP dalam bidang pendidikan, perniagaan kecil, media sosial dan keusahawanan digital.
- Memupuk kesedaran penggunaan perisian sumber terbuka yang sah dan bebas kos
- Mendidik peserta tentang kepentingan menggunakan perisian yang sah serta menggalakkan penggunaan perisian percuma dan beretika.
AKTIVITI:
- Pengenalan Antara Muka GIMP
- Peserta diberi penerangan tentang antara muka GIMP: toolbar, menu, layer, dan workspace.
- Aktiviti: Peserta diminta mengenal pasti setiap komponen antara muka dan fungsinya.
2. Latihan Asas Suntingan Imej
- Aktiviti praktikal: Potong (crop), ubah saiz (resize), putar (rotate) dan laras warna (brightness & contrast) imej.
- Guna imej yang dibekalkan atau imej sendiri.
3. Pengenalan kepada Konsep Lapisan (Layers)
- Aktiviti: Peserta mencipta imej menggunakan beberapa lapisan, seperti latar belakang, teks, dan grafik.
- Objektif: Memahami bagaimana lapisan berfungsi dalam reka bentuk.
4. Reka Cipta Poster Ringkas
- Aktiviti: Menghasilkan poster promosi menggunakan teks, bentuk, gambar dan efek asas.
- Tema boleh ditentukan oleh peserta atau fasilitator (contoh: kempen kesihatan, jualan amal, dsb.).
5. Menggunakan Alat Pilihan dan Pemadam
- Aktiviti: Demonstrasi dan latihan menggunakan alat seperti “Free Select Tool”, “Fuzzy Select Tool”, dan “Eraser Tool”.
- Tujuan: Memotong objek dari latar belakang.
6. Penghasilan Logo Ringkas
- Aktiviti: Reka bentuk logo peribadi atau untuk organisasi rekaan sendiri menggunakan elemen grafik dan teks.
7. Eksport dan Simpan Fail
- Aktiviti: Mengajar peserta menyimpan fail dalam format XCF (projek) dan eksport ke format JPEG/PNG.
- Peserta eksport hasil kerja mereka untuk disimpan atau dikongsi.
8. Perkongsian Hasil & Pembentangan Mini
- Aktiviti: Peserta membentangkan hasil kerja mereka kepada rakan kumpulan.
- Tujuan: Meningkatkan keyakinan diri dan berkongsi idea kreatif.