Usahawan Kraftangan
|
Nama |
: Lianah Labu |
|
Umur |
: 34 tahun |
|
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Pada asalnya Puan Lianah hanya membuat bakul sebagai minat atau hobinya sebagai seorang surirumah. Walaubagaimanapun, apabila orang melihat hasil buatan tangannya yang cantik dan kemas, mereka berminat untuk membuat tempahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Memandangkan Puan Lianah sebelum ini hanya membuat bakul sebagai hobi, maka beliau tidak mempunyai pendapatan. Setelah orang melihat hasil tangannya yang cantik dan kemas beliau mula menjana pendapatan sekitar Rm200 sehingga Rm300 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendapat bimbingan dan dorongan daripada petugas pusat internet, dia menyertai kelas keusahawanan yang dikendalikan oleh Pusat Internet Kampung Murni. Teknik pemasaran atau promosi secara online melalui ‘facebook’ dan whatsapp telah meningkatkan jualannya. Beliau mewujudkan group dalam aplikasi whatsapp bagi memudahkan dia mengambil tempahan.