KDB: Program Kemerdekaan (Mewarna & menaip dengan pantas)
|
Tarikh |
: 27hb Ogos 2022 |
|
Masa |
: 8.00 – 11.00 pagi |
|
Lokasi |
: Pusat Komuniti Digital (PEDi) Kg Murni |
|
Peserta |
: 42 orang |
Tujuan
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat kemerdekan masyarakat dan agar masyarakat dapat menghargai pengorbanan pejuang-pejuang sejarah dalam memerdekakan negara. Dalam pada masa yang sama untuk mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti masyarakat kampung Murni.
Aktiviti
Para peserta diberi aktiviti menaip dengan terpantas yang terbahagi kepada 2 kategori iaitu pelajar sekolah menengah dan belia dan kategori ibu bapa. Manakala dalam pertandingan mewarna dibahagikan kepada dua aktiviti iaitu mewarna sambil mencari benda tersembunyi dengan pantasdan mewarna bendera merdeka yang tercantik.