Perkhdimatan Membaiki Pulih Handphone
|
Nama |
: Hairi Ekin |
|
Umur |
: 20 tahun |
|
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Pada asalnya adik Harry Ekin hanya seorang pengguna online yang sering menggunakan perkhidmatan internet untuk mendapat maklumat terkini. Namun adik harry yang sering bertanya kepada petugas PI dan mempunyai minat dalam perniagaan telah membawa adik ini lebih cenderung lagi mengenai cara membaiki handphone yang pelbagai jenis
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mendaftar sebagai ahli PI Kg Murni dan hanya sekadar menggunakan internet untuk hal sendiri, adik Harry tidak terfikir untuk mempamerkan kepakarannya untuk membaiki handphone. Baginya setelah tamat SPM dua tahun yang lalu, adik ini tiada perancangan yang serius tentang dirinya
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar sebagai ahli pada bulan april tahun ini, adik Harry mula aktif mengikuti kelas yang di buat di PI seperti kelas Keusahawanan,dan petugas PI membantu dan menerangkan selok belok mengiklankan kemahiran dan kepakaran yang ada pada adik Harry . Di mana adik harry di ajar kemahiran menggunakan adobe photoshop untuk mengedit banner mengenai perkhidmatan membaiki pulih handphone yang dijalankannya, Malahan adik Harry juga di ajar membuat business card untuk perkhidmatan yang di buatkannya dengan menggunakan Microsoft Publisher . Walaupun adik harry baru sahaja memperkenal perkhidmatan yang dilakukannya secara part time, namun kini adik Harry mempunyai pendapatan walaupun dalam jumlah yang tidak banyak iaitu di antara rm150-rm200 sebulan, namun beliau percaya dengan adanya kemahiran ini,pasti suatu hari nanti peluangnya untuk perniagaan ini berkembang.