Puan Juliana Masu merupakan usahawan makanan dan minuman dari NADI Kg Murni yang menunjukkan perkembangan pesat setelah menyertai pelbagai latihan dan bimbingan di NADI, termasuk kemahiran pemasaran digital, pengurusan kewangan dan peningkatan kualiti produk. Bermula secara kecil-kecilan dari rumah, beliau kini semakin dikenali dan berjaya meningkatkan jualan serta menerima tempahan dari dalam dan luar kampung. Hasil komitmen, disiplin dan usaha gigihnya, Puan Juliana telah dicalonkan sebagai wakil usahawan ke Boot Camp Usahawan 2025, sekaligus mengharumkan nama NADI Kg Murni sebagai pusat yang berjaya melahirkan usahawan luar bandar yang berdaya saing dan mampu menjadi inspirasi kepada komuniti setempat.