| TARIKH: | 22.04.2025 |
| MASA: | 9:00 PAGI – 1:00 PETANG |
| LOKASI: | NADI KG MURNI |
TUJUAN:
- Memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai penggunaan perisian Adobe Illustrator CC, khususnya dalam bidang reka bentuk grafik digital.
2. Meningkatkan kemahiran ICT peserta dalam menghasilkan rekaan vektor yang kreatif dan profesional menggunakan pelbagai alat dan fungsi yang terdapat dalam Adobe Illustrator.
3. Membantu peserta memahami konsep asas reka bentuk grafik, termasuk prinsip susun atur, warna, tipografi dan elemen visual lain yang penting dalam penghasilan karya grafik.
4. Membangunkan potensi peserta sebagai pereka grafik digital, sama ada untuk tujuan kerjaya, keusahawanan digital, atau kegunaan organisasi.
5. Menyediakan asas kukuh kepada peserta untuk melanjutkan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi dalam Adobe Illustrator atau bidang rekaan grafik yang lain.
AKTIVITI:
- Pengenalan kepada Adobe Illustrator CC
- Pengenalan antaramuka (interface) perisian.
- Penerangan tentang kegunaan dan kelebihan reka bentuk vektor.
2. Latihan asas penggunaan alat (tools) utama
- Penggunaan Selection Tool, Pen Tool, Shape Tools dan lain-lain.
- Teknik asas melukis bentuk dan garis vektor.
3.Aktiviti mencipta logo ringkas
- Menggunakan bentuk asas dan teks untuk mereka logo.
- Latihan gabungan warna dan susun atur asas.
4. Latihan penggunaan warna dan gradasi
- Memahami color wheel dan kombinasi warna.
- Menggunakan Gradient Tool dan Swatches.
5. Aktiviti mencipta poster atau infografik ringkas
- Menggabungkan teks dan elemen grafik dalam satu reka bentuk.
- Aplikasi prinsip reka bentuk seperti keseimbangan, kontras dan penekanan.
6. Pengenalan kepada penggunaan Layers dan Artboards
- Pengurusan susunan elemen dalam reka bentuk.
- Menghasilkan beberapa variasi reka bentuk dalam satu dokumen.
7. Sesi soal jawab dan pembentangan hasil kerja peserta
- Setiap peserta membentangkan hasil rekaan.
- Penilaian dan maklum balas dari fasilitator.
8. Sesi penutup dan refleksi kursus
- Rumusan pembelajaran.