Kelas ICT
|
Tarikh : 16 Nov 2020 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari Tempat : Pusat Internet Kg Murni Peserta : 2 orang |
Tujuan
Kelas ICT disertai oleh belia bertujuan membantu para pelajar meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ICT.
Aktiviti
Para peserta diberi latihan menaip untuk meningkatkan tahap pengetahuan mereka dalam mempelajari microsoft office seperti powerpoint dan word. Aktiviti Klik Dengan Bijak juga disertai oleh belia yang bertujuan untuk mendidik agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Selain itu, para peserta juga diberi pendedahan berkaitan dengan permainan pendidikan.