mcmc
Maklumat NADI

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional Malaysia (NADI)

 

 

MAKLUMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL MALAYSIA (NADI)

 

NADI mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence.

 

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 36 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

NADI Kg Murni mula beroperasi pada 31 Disember 2013,atas kerjasama dengan pihak Sekolah Agama Rakyat AL-Falah maka NADI Kg Murni dibuka di Daerah Nabawan.NADI Kg Murni yang menumpang dalam bangunan Sekolah Agama Rakyat AL-Falah merupakan salah satu daripada empat NADI yang ada di Daerah Nabawan.

 

Objektif Penubuhan :

 

  1. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
  2. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  3. Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan.
  4. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet.
  5. meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.

 

Perkhidmatan yang disediakan :

 

  1. Latihan ICT ( Information and Communications Technology ) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli Pusat Sebaran Maklumat Malaysia
  2. Menyediakan perkhidmatan Internet jalur lebar.
  3. Pencetak/Printing
  4. Pengimbas/Scanning
  5. Fotokopi
  6. Laminate
  7. Binding
  8. Zon internet tanpa wayar ( Wifi Zone )

 

Antara latihan yang disediakan :

 

  1. Asas Internet
  2. Asas Komputer
  3. Aplikasi Elektronik ( E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang )
  4. Desktop Publishing ( Microsoft Office )
  5. Latihan Keusahawanan
  6. Kursus Intel

 

Mereka yang layak mendaftar / menjadi ahli ialah :

 

  • Orang Dewasa
  • Pesara
  • Remaja
  • Pelajar
  • Kanak-kanak
  • OKU
  • Warga Emas

 

Yuran pendaftaran / Yuran keahlian :

 

  • RM 5.00 sahaja untuk seumur hidup