| TARIKH: | 22.01.2026 |
| MASA: | 3.00 Petang – 4.00 Petang |
| LOKASI: | NADI Kampung Murni |
TUJUAN:
1.Meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap peranan mereka dalam membimbing anak-anak menggunakan teknologi digital secara selamat, beretika dan bertanggungjawab.
2. Memberi pendedahan tentang risiko keselamatan siber, termasuk isu penipuan dalam talian, kandungan tidak sesuai, buli siber serta penyalahgunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
3. Memperkenalkan konsep Pengasuhan Digital sebagai pendekatan penting dalam mendidik anak-anak agar bijak mengurus masa skrin dan berinteraksi secara sihat di alam digital.
AKTIVITI:
Taklimat Pengasuhan Digital (Kempen Internet Selamat)