mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X CYBERSECURITY – Lindungi Identiti Digital Anda (JUN 2025)

TARIKH:13.06.2025
MASA:3.00 Petang – 5.00 Petang
LOKASI:NADI KG MURNI

TUJUAN:

  1. Memberi pemahaman tentang apa itu identiti digital dan bagaimana ia boleh disalahgunakan.

2. Mendedahkan risiko-risiko ancaman siber seperti kecurian identiti, penyamaran, dan penipuan dalam talian.

3. Mendidik peserta tentang langkah perlindungan, termasuk penggunaan kata laluan selamat, pengesahan dua faktor (2FA), dan amalan digital yang selamat.

4. Menggalakkan budaya celik digital dalam kalangan masyarakat agar lebih berwaspada dan bertanggungjawab ketika berada dalam talian.

5. Menyokong inisiatif keselamatan siber negara melalui kerjasama komuniti dan agensi berkaitan.

AKTIVITI:

Sesi Taklimat Utama

  • Penerangan oleh pakar CyberSecurity Malaysia tentang apa itu identiti digital dan kepentingannya.

Perkongsian Kes Sebenar

  • Contoh insiden kecurian identiti atau penipuan dalam talian yang pernah berlaku di Malaysia.

Demonstrasi Langkah Perlindungan Digital

  • Tunjuk cara menggunakan kata laluan yang kukuh, pengesahan dua faktor (2FA), dan semakan privasi akaun media sosial.

Sesi Interaktif: “Adakah Anda Selamat?”

  • Kuiz atau soal jawab secara langsung untuk menguji tahap keselamatan identiti digital peserta.

Slot Soal Jawab Bersama Pakar

  • Peserta diberi peluang untuk bertanya terus kepada pakar keselamatan siber.