mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X CYBERSECURITY- Memahami Risiko dalam Permainan Online Anak (JUN 2025)

TARIKH:20.06.2025
MASA:3.00 Petang – 5.00 Petang
LOKASI:NADI KG MURNI

TUJUAN:

  1. Meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang risiko keselamatan digital dalam permainan online seperti kandungan tidak sesuai, pemangsaan siber, dan ketagihan permainan.

2. Memberi pemahaman tentang ciri-ciri permainan dalam talian serta bagaimana kanak-kanak boleh terdedah kepada unsur negatif seperti buli siber dan penyamaran identiti.

3. Membimbing ibu bapa dan penjaga dalam memantau serta mengawal penggunaan permainan digital oleh anak-anak secara lebih selamat dan berkesan.

4. Menggalakkan komunikasi terbuka antara ibu bapa dan anak-anak mengenai keselamatan dalam talian.

5. Menyokong pembentukan persekitaran digital yang sihat dan selamat dalam kalangan keluarga dan komuniti.

AKTIVITI:

Sesi Penerangan oleh Pakar

  • Taklimat daripada wakil CyberSecurity Malaysia mengenai jenis-jenis permainan dalam talian dan risiko keselamatan yang berkaitan.

Perkongsian Kes Nyata

  • Kisah sebenar melibatkan kanak-kanak yang terkesan akibat permainan dalam talian seperti ketagihan, buli siber dan penyamaran identiti.

Demonstrasi Ciri Permainan Online Berisiko

  • Tunjuk cara bagaimana permainan tertentu boleh mengandungi ciri sembang terbuka, pembelian dalam aplikasi, dan hubungan dengan individu tidak dikenali.

Kuiz Kesedaran Siber

  • Aktiviti kuiz untuk menguji kefahaman peserta mengenai isu keselamatan digital dalam permainan online.

Sesi Soal Jawab Terbuka

  • Peluang kepada peserta untuk bertanya terus kepada pakar keselamatan siber berkenaan isu yang dihadapi.