PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
PERTANIAN
Pertanian di kawasan Nabawan adalah tertumpu kepada hasil getah dan sawit. Kebanyakan penduduk di Nabawan mempunyai kebun getah dan kebun sawit sendiri. Dari susu getah dan sawitlah mereka menyara keluarga, hampir semua penduduk di Nabawan berkerja sebagai pekebun kecil dan selebihnya bekerja sendiri, penjawat awam dan sebagainya. Selain mengusahakan kebun getah dan sawit, mereka juga menanam padi sawah.
Gambar 1:Kebun sawit yang terdapat di kawasan Nabawan
Gambar 2:Kebun getah yang terdapat di kawasan Nabawan
PENTERNAKAN
Penternakan lembu ada juga dijalankan dikawasan nabawan, ternakan lembu ini diuruskan oleh jabatan haiwan nabawan . lembu yang diternak ialah lembu tenusu kemudian hasil susu tersebut akan dihantar kekilang untuk diproses menjadi susu kotak.
Gambar 1:Skim Pembangunan Ternakan Daerah Nabawan
PERIKANAN
Ada juga penduduk Nabawan yang mengusahakan kolam ikan, salah satunya ialah En. Amol Agupis, 57 tahun. Beliau mula mengusahakan kolam ini pada tahun 1990 hinggalah tahun 2013 dengan keluasan 3.5 ekar dan mempunyai 9 petak. Ramai pembeli daripada dalam dan luar Nabawan yang datang membeli ikan beliau. Ikan-ikan yang terdapat di kolam beliau ialah ikan tilapia, lampam, kemungkap, patin dan ikan merah.

Gambar 1:Kolam Ikan air tawar