Pusat Sebaran Maklumat Nasional Malaysia (NADI) Kg.Murni beroperasi secara rasminya pada 31 Disember 2013 setelah diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).Kesukaran untuk mendapatkan tapak bangunan di pekan Nabawan menyebabkan NADI menyewa di bangunan Sekolah Agama Rakyat Al-Falah Kg Murni Nabawan. NADI Kg Murni terletak lebih kurang 500 meter dari pekan Nabawan,kedudukannya yang berpusat di tengah-tengah perkampungan terancang yang dikenali Kampung Rukun Tetangga(KRT) yang terbahagi empat iaitu KRT Murni A,KRT Murni B,KRT Murni C dan KRT Murni D menjadikan NADI Kg Murni menjadi tumpuan untuk mendapatkan capaian internet khususnya para pelajar dan beberapa perkhidmatan lain yang terdapat di NADI.
Gambar 1 Bilik Latihan ICT
“VISI”
“Pusat Sebaran Maklumat Nasional Malaysia (NADI) sebagai pusat sehenti perkhidmatan digitalyang berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang wawasan 2020”
“MISI”
- KOMUNITI-Pembangunan sumber manusi NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
- PROSES-Pewujudan penambahbaikan berterusan kerja yang berupaya memacu NADI ke arah visi.
- TEKNOLOGI-Penggunaan teknologi yang setara untuk manfaat kepada komuniti.
Objektif Penubuhan
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti setempat.
- Memberikan pendedahan ataupun pengenalan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet.
- meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat/komuniti melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg.Murni
- Latihan ICT ( Information and Communications Technology ) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli Pusat Internet Malaysia.
- Capaian internet
- Printing
- Scanning
- Binding
- Laminate
- Fotocopy
- Taiping
- Baiki laptop
Latihan ICT/Kelas komputer ditawarkan:
- Asas Komputer
- Aplikasi Elektronik ( E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang )
- Latihan Keusahawanan
- INTEL
Syarat Keahlian:
- Orang Dewasa
- Pesara
- Remaja
- Pelajar
- Kanak-kanak
- OKU
- Warga Emas
- Kakitangan Awan/Swasta
Yuran keahlian Pusat Internet 1Malaysia:
- RM 5.00 sahaja untuk seumur hidup
Petugas:
Pengurus:Pn. Rinah Mantirih (011-31621204)
Penolong Pengurus:Cik Nashyerah Angutim (010-8689957)
Email:ampikkgmurni@gmail.com
