| TARIKH : | 08.11.2024 |
| MASA : | 9.00 pagi- 10.00 pagi |
| LOKASI : | SK Kampung Enam, Nabawan |
TUJUAN
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Peserta perlu memahami maklumat yang tidak boleh dikongsikan di media sosial serta peserta boleh mengenali dan menggunakan perkhidmatan NADI yang berdekatan.
AKTIVITI
Petugas memberi taklimat dan pelajar menonton dan mendengar video mengenai SAFE-SHIELD. Kebaikan aktiviti ini ialah, memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai keselamatan internet yang penting kepada pelajar, melahirkan sikap bertanggungjawab pelajar dalam menggunakan internet agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai sebarang iklan, maklumat dan sesiapa dalam dunia siber tanpa memeriksa terlebih dahulu. Menjadikan pelajar sebagai pengguna yang bijak.
